Sunday, December 30, 2012

DuPPiDoo 10: Pantang Larang

Dulu time kecik2, bile nk/tgh buat sesuatu mesti ade peringatan or teguran by someone older than me (like parents slalunye) for what should/n't do those particular actions..itu lah nme PANTANG LARANG..lau wat jugak ape yg dilarang tu, dpt 'hadiah' weih..mmg cubit 'ketusss' lah mkn nye..hahah..tp kalau 'hadiah' biasa2: slalu kne dgr ibu 'lecture' pros n cons drp actions yg kite wat tu [terer u mak I lecture], xpon bile ibu jegil bijik mata je, terus seram sejuk, terbantut hajat..

antara pantang larang yg sebati ngn asam garam kehidupan ku spjg 21thun ni...

# Jangan duduk atas bantal
   akibat/sebab: nanti punggung bisul

# Jangan makan berulam air
   akibat/sebab: nnt otak lembab

# Jangan tgk tv dkat2
   akibat/sebab: nnt mata rabun  (ok! I admits)

# Jangan bersiul
   akibat/sebab: syaitan t suke kat kite

# Jangan pkai gelang getah kat tangan
   akibat/sebab: (yg ni xsure knape..tp lau ibu nmpk, ibu tarik gelang getah kat tangan tu pastu
   lpaskan..perit beb!)

# Jangan makan berbunyi (bunyi dihasilkan melalui kunyahan..chap..chap..chap)
   akibat/sebab: xsopan, sometimes mengganggu konsentrasi org lain nk mkn..

# Tak boleh makan lebih dr satu lauk dalam satu masa (agak pelik)
    akibat/sebab: supaya dpt menikmati rasa tiap2 satu lauk tu, tnpa campuran lauk2 lain

# Jangan nk bercakap2 time mulut penuh (tengah makan)
   akibat/sebab: kang naya menyembur nasi2 ke muka org dpn mcm peluru berpandu..:D

# Kol 7pm, tutup TV!
   akibat/sebab: prepare tok solat maghrib/berbuka...(xdpt nk tgk kartun yokies si telur tyme tu)

# Tak boleh 'rasmi' baca suratkhabar selagi abah xbaca dulu
   akibat/sebab: abah yg beli suratkhabar tu..hahah..(xhormat lah sbb sbnrnye)

# Lepas makan jgn baring
   akibat/sebab: hang nk gemuk, hang wat lah..hahhah (donow whether fakta or auta)

# Jangan menyabung kaki bila meniarap
   akibat/sebab: xsure sbb dr segi adatnye..tp yg penting sbb nye xsopan..lg2 bila yg wat nye
   berjantina perempuan..heheh

# Jangan makan berpindah tempat
   akibat/sebab: t banyak suami..(O_o)

# Jangan menyanyi kat dapur..
   akibat/sebab: t kawin ngn org kurang muda..(once again O_o)

# Jangan dok lama2 dpn laptop/on9/tgk movies..
   akibat/sebab: hang dah nk peksa minggu depan iqin oi..bawak2 bertaubat lah..baik g wat nota sne! (ok kne halau dgn diri sendiri! finally once again O_O)

k tata! ^_^

Saturday, December 8, 2012

DuPPiDoo 9: WHICH ONE?

SMARTPHONE (NEW PHONE)??

 
nokia lumia

TABLET/PAD (HAVE NOT EVEN ONCE)??

ipad mini


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[ask myself: need or want??]

Monday, December 3, 2012

DuPPiDoo 8: I NEED A HUSBAND

I NEED A HUSBAND...
which is
he MUST good looking/handsome (ala2 korean ke..cam kim jeong hoon)
he MUST 'generous' to me :)
he MUST taller than me
he MUST diligent
he MUST stylish
he MUST rich
he MUST be funny guy
he MUST bla..bla..bla..(any fizikal & 'keduniaan' things)

*DENG! terjegah dari lamunan...*
pastu pikir blik..only if i can have a husband like that..everybody must envy to me..(kau ado??*tbe2)
BUT who am i?? need a person who physical look so perfectly...?does it give any better position to me in Allah sight??
come on lah!!physical impression doesn't guarantee that you will be live in much happiness iqin..does by his physical look can give you any protection?love?life perfection? and most important bring you have Allah's love?

THE ACTUAL NEED FOR BEING  MY HUSDAND..
SIMPLE!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HE IS ABLE TO BE MY 'IMAM' & MY 'USTAZ'..
not demanding, but it is the fact of responsibility to be as husband..not only for me, but even for others muslimah also want the same what (i mean the 'responsibility' eh)..wanita ini harus dilindungi, dipelihara dan dibimbing..

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
[Surah An-Nur:32]
  But, anyhow..
"IF YOU ARE GOOD, YOU'LL HAVE THE GOOD ONE TOO"


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
[Surah An-Nur:26]

like what I've said just now "IF YOU ARE GOOD, YOU'LL HAVE THE GOOD ONE TOO", and I'm realize I'm not good enough to have the good one too..but, xsalahkan utk berubah ke arah yg lebih baik utk dptkan yang baik?kerana setiap insan itu menginginkan yang terbaik utk diri masing2..now I'm keep try to become a good muslimah [who don't want meh..].. insya Allah..I'm try to be good & STRONG, try to ignoring and don't deals if anybody want to say behind my back, perli2 or what so ever..for me, penilaian DI MATA ALLAH itu lagi penting..kerna setiap perkara kita perlukan keredhaanNYA..apatah lagi soal JODOH yang sah2 dah termaktub segala keputusan ditangan NYA.
pic credit to rusydee artz..


"Ku redha jika dia(bakal zauj ku) jodoh ku, kerna ku tahu yang Kau tahu dia adalah yang terbaik untukku"

Sunday, October 7, 2012

Thursday, October 4, 2012

DuPPiDoo 6: Salah ke jadi anak USTAZAH??

A bit annoying actually, if someone claim anything about my act which a bit more toward religious way keep saying:

"Yelah, ko kan anak ustazah, knelah pakai tdung labuh.."
"Dia ni ikut sangat cakap mak ayah dia. Taulah mak dia ustazah."
"Asik dgr lagu nasyid je, taulah anak ustazah"
"Eh..dia ni mne ley g karok, isk anak ustazah ni.."
[byk lg lah]

Bukannye xsuka jadi anak Ustazah/Ustaz, malah bersyukur sgt (bukan riak)..tapi masalahnye kat sini..adakah manusia yang boleh/berkelayakan mengikut sgala tuntutan agama tu dipandang berdasarkan siapa ibu bapa mereka? keturunan?
Knape?adakah jawatan or pekerjaan ibu bapa kamu tu jadi penghalang utk kamu jadi baik? mak ayah doktor, kamu xley jd baik ke? mak ayah kamu kerani, penghalang utk kamu jd baik? mak ayah kamu tukang cuci pinggan, kamu malu jugak utk jd baik? *come on lah!no point*
maaf cakap lah ye, even mak ayah kamu bekerja dgn perkara haram pun BUKAN penghalang utk kamu jadi baik.

"If you do want to be a good, just be with it..Allah doesn't judge or care whoever u r daughter/son of..as long you respect/obey/compliant to your parents whoever they are.."

Let me tell you.. 
IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI..
dari seorang ayah yang bertakwa, 
ia tak dapat dijual beli, 
ia tiada di tepian pantai..
[pastu smbung sendiri lagu Iman Mutiara drp Raihan ^_^]

Usaha seseorang itu utk menjadi lebih baik yang dipandang Allah.
IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI memberi erti yg samada beriman atau tidak [yg 'tidak beriman'itu minta dijauhkan] ibu bapa kamu tu, xturun ikut genetic XY pon...korg dah besar, dah mumaiyiz+baligh+waras utk memikirkan perkara tahap keimanan ibubapa kamu itu samada utk panduan atau perlu diperbaiki..apa2 pon perubahan itu bermula dari diri kamu sendiri.

Alhamdulillah..sejak2 ni sy dh dpt tgk perubahan(baik) dalam kalangan sahabat2 ku yang tercinta..rata-ratanya, parents mereka bukanlah yang bergelar ustaz/ustazah atau alim ulama, tapi kuasa usaha diri itu kuat dlm diri..fizikalnya, mula mengenakan tudung yg menutupi dada, pakaian yang tidak ketat&jarang, baju melepasi bhgn punggung..dalamannya, ku tahu hanya Allah yang dpt menilainya..segala perubahan(baik) kamu sahabat, akan ku sokong

"insya Allah kita bersama menempuhi ranjau ujian zaman ini, perbetulkan niat, istiqamah dlm cara, tawakal hanya kepadaNYA."

siapa yang xnak syurga?siapa yang xnak dijodohkan dengan orang baik?siapa yang xnak hidup bahagia?siapa yang xnak kesihatan yang baik?
pasti semua mahukan yang terbaik bukan?tiada apa yang jadi penghalang utk perkara itu.


so, lets improve ourselves to be better person
to get the 'reward'..insya Allah..^_^
p/s: entry ini bukan untuk diriku membanggakan diri malah jauh skali utk menyatakan yg diriku seorang yang baik. daku hanya hamba Allah yang kerdil, perlukan pertolongan dan sokongan utk perbaiki diriku yang jahil ini. entry ini hanya berkisahkan pengalaman yang ku hadapi, utk perkongsian secebis dr kisah hidup ku.

Tuesday, June 19, 2012

DuPPiDoo 5: Just Let It Go...

"orang yg PEMAAF itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dgn berselera, dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru, jika asyik sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut dgn rumah yg kecil...mungkin disebabkan dgn sikap kita yg sukar memaafkan" 
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-

582524_10150954889807355_70630972354_9950552_761039152_n_large


kita tidak rugi apa2 lau kita memaafkan orang lain + meminta maaf dengan orang lain...
if kita memaafkan orang lain, bukan sahaja pahala yg diterima walhal hati kita sendiri yg lega dan kita rasa muhasabah diri..(",) "jgn percaya ckp sy, tp korg kne try sendiri.."-ayat drp CEO richbucks resources- [ciplak ayat jap eh en.saiful mukhrizam..]

plus, if kita tindakan kita utk meminta maaf terlebih dahulu dgn org bukan beerti kita ni 'skema' or takut ngn org tu tapi ini bermaksud yg kita ni GAGAH, BERANI & KUAT..
this is because we are able to BREAK THE EGOISTIC WALL..does it? terer pe..
sedangkan NABI pun ampun kan ummat yg lagi banyak kerenah, keingkaran & kesalahan nya lagikan pula kita manusia biasa [yg juga tergolong dlm ummat Nabi]...
be humble doesn't loss u anything..

Tumblr_m32bp2zsah1r39uoho1_500_large

and don't ever forget! apa2 yg kita buat ni semua kne berbalik kepada Allah..mohon pertolongan, hidayah & taufiq kepadanya utk menjalani hidup ni..mohon keterbukaan hati untuk menerima sesuatu yang baik utk diri dan orang dimaafi serta orang yg diminta kemaafannya itu..
sesungguhnya DIA lah yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGETAHUI..

[memaafkan orang lain beerti memaafkan diri sendiri..let's forgive others b4 going to sleep..^__^]
*note for me n beloved friends*
* let's practice together*

Wednesday, May 16, 2012

DuPPiDoo 4: Meeting the GORGEOUS & CUTE Ustazah...

dan insan yg dimaksudkan ialah USTAZAH FATIMAH SYARHA!!!cute right??

Bismillahirahmanirahim..Assalamualamualaikum kalian2

hihih anyway just nk kongsi one of e memorable memory..i met CELEBRITY,finally!hahah[jakun sgt!]
tanggal 11/4/2012 bersamaan ngn hari rabu which cuty umum sempena pertabalan agong, persatuan pembimbing rakan siswa (PRS) uniten kshas ni rajin lah plak kan nk wat event bertemakan forum yg bertajuk 'KEMELUT REMAJA "ANTARA CINTA & CITA2"..dah la tjuk nye cantik tetarik menarik kau mmg da bomb kan, then panel jemputan nye plak, penceramah muslimah yg sdang naik nama skrg ni iaitu Ustazah Fatimah Syarha & suaminya, Dr. Farhan Hadi. Ustazah juga merupakan novelis, antara buku hasil karya beliau ialah Tautan Hati, Cinta High Class&Cintaku Kerana Agamamu, Pemilik Cintaku, Sebarkan Cintamu and banyak lagi. Plus, Ustazah jugak merupakan kolumnist dlm majalah Solusi..
[crite ni agak dah lapuk ckit lah, agak sbulan lepas..tp sbb kekangan masa..daku xdpt nk bercerite trus2..so postpone bwk shingga ke arini..sbb dh cuty sem kan, so agak terluanglah jugak masa..heheh^_^]


Mase hari kjadian, eden agak membuzykan dirilah gak, kononnye biro makanan kan utk program, so awal ptg (event mlm) dh dtg kat audi utk preparation tempat makan..eden ni just pembantu je, then ketua kata dtg, eden dtg, soh wat keje kne lah wat, [heheh gaya xikhlas..tp idok eh..suke!bak kte mr.pres(president) persatuan, ni sume pengalaman]..siapkan makan petang utk panel yg dtg direct dr KL..then 'bos' kate settle siap minum panas kat VIP lounge bru ley blik siap2 ,so tggu punye tggu, last2 smpai kol 7stgh. pdhl majlis kol 8kot.sedih je ktorg termangu kat audi uh tggu ajk2 lain dtg, bru ktorg blik siap2.[tp ble tringat mr.pres kate ni pengalaman..hurm..yolah!just take it..]

K pendekkan cite ktorg dtg smule ke audi area 8stgh nk ke 9pm..dah cantik2 tyme tu[cantik ker??]..then get prepared for the next 'climax' meal, org yg ktorg order mknn tu pon smpai dah, org2 tu pon tlg skali susun makan kat meja makan..so thankful sgt..byk jugak insiden2 yg berlaku tyme nk preparing mknn uh..ngan air tumpah la, xckup org nk serve makanan lah..mcm2 lg..bukan takat tyme preparing je, tyme VIP dh start msuk ruang makan uh pon still berbagai conflict happened..poning kepala kami nk handle, itu lah terjadi bile arahan x syncronize ngn tindakan..tp stiap dugaan uh ade hikmah nye kan..?^_^

disebabkan dok blakang tabir, kami hanya dpt dengar forum ble slot 3[slot last] je..hurmm..so sad actually..tp xpelah at least dpt dgr n amik input ckit..lau nk kate dgr ape yg ustazah n dr ckp, blambak je ceramah mereka kat 'you tiup i' tu..cume utk dgr live ni je xbrape nk kesampaian..heheh..

TAPI, ade kegembiraan disebalik ke'dispointed'an td uh..ktorg berpeluang sgt2 peluangnye take photo with the panel...hihihihih..jgn jealous![lg2 my friend liyana..heheh..jgn jealous ye kwn ku]..right after the forum session end tu, panel2 dijemput ke ruang autograph n photo session kat area ruang makan tu gak la..agak crowd tyme tu sbb ade jemputan drp luar [pelajar2 poli muadzam shah & adek2 skolah agama bukit ibam], so kasi peluang kat org lain dulu lah kan..
right after the autograph n photo session, tetamu dijemput menikmati juadah yg disediakan[class x ayat?? :D]..
PASTU ape lagi...pas tetamu abis makan jee...KAMI SERANG MEREKA BERDUA (Ustazah Fatimah Syarha & suami) utk sesi amik gambar n autograph ngn kami lak..[eh btol ke ayat tu?]
and antara hasilnye ni lah..

awal2 plan nk amik gambar kami stu geng ngn panel..skali, sume serbu daa..tu yg nyelit2 je..

 
time ni dak2 laki ngah amik gmbar ngn Dr Farhan, so kami take chance to take photo with Ustazah je..^_^


tapi yg penting majlis berjalan ngn lancar..alhamdulillah..ramai yg suke..even ktorg yg dpt dgr slot last ni pon rase terkesima dgn cara penyampaian n input yg diberikan..insya Allah akan dipraktikkan dan diambil manfaatnya..Terima Kasih banyak2 Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi atas kesudian menerima jemputan & menyampaikan input yg berguna kepada warga UNITENIAN ni especially student..n not forgotten utk PRS UNITEN KSHAS bab anjurkan forum sebegini..:)

[harap dpt lagi peluang dgr ceramah live dr mereka lagi..]

Tuesday, April 10, 2012

DuPPiDoo 3: ~SATU PENERBANGAN YG PASTI BUAT KITA~


Assalamualaikum..got a topic to share..actually this is not originally came out from my idea box..sbnrnye aritu[ntah ble xigt] dok semak2 blik folders 'islamic' dlm hardisk, skali ade nampak stu icon powerpoint yg bertitle 'Satu Penerbangan'..then curious how was that powerpoint get in there..seingat2 xde plak pnah msukkan powerpoint tu dlm folder..sbb slalunye lau dwnload islamic info like kata2 hikmah or panduan gune PDF version..so, pendek kan cite, org pon bukak lah kan..JANG! skali cite pasal KEMATIAN..terblank seketika..byk kali bce ulang sbijik2 ayat yg ade dlm tu..YA Allah..terasa seperti terlalu banyak kelalaian yg dilakukan sepanjang dunia ini, sehingga kdg kala lupa yg akan KEMATIAN YG PASTI itu..

MATI itu bukan sekadar mati yg kosong..tidak ternoktah hidup kita bila mati itu tiba..dalam Islam, kebangkitan selepas mati itu akan terjadi, untuk menentukan kehidupan SELAMAnya kita ini di SYURGA @ NERAKA..n berbalik kepada itu, bukan pakai 'jalan' masuk je syurga or neraka itu, tapi ianya dikira/ditimbang mengikut amalan kebaikan(mahmudah) dan keburukan(mazmumah) kita sepanjang hidup di dunia ini..

Dunia (tempat hidup sementara) sebagai tempat ujian kita dalam menjalani hidup kita seharian berpandukan Al-Quran & Sunnah untuk mendapatkan keputusan hidup kita di Akhirat (tempat hidup selamanya) iaitu SYURGA @ NERAKA..

So then, i guess i found out this useful input to share with u guys..semoga kita sama2 dpt memuhasabah kan diri semula dengan mengingati bahawa MATI ITU PASTI, dan tindakan kita untuk 'bersiap sedia' menghadapinya..Allahuakbar..

"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, meraka itulah orang yang bijaksana"


*Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu KUBUR & AKHIRAT..


*Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


*Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


*Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita.


*Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain kapas putih.


*Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabane, tetapi air mawar dan cendana.


*Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.


*Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selama-lamanya.


*Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.


*Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.


*Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan.


*Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.


*Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang di idamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.


*Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawah nya atau Neraka Jahannam.


*Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan dihabiskan .


*Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.


*Jangan risaukan delays. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya…


*Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.


*Jangan bimbang tentang tempahan…, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


*Ya!!! Berita Baik…!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh..!!


*HaNyA iNgAt!! Penerbangan ini datang tanpa AMARAN. Cuma perlu ingat!! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini…


ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????


ini hanyalah gmbar hiasan semata..

Tuesday, March 20, 2012

DuPPiDoo 2: e-KOMIK

Assalamualaikum..hajimemashite!

hurm..bru lg bertindak smule as blogger, tp i still didn't get any topic to be discuss yet..xpe2 kali ni kita kasi santai2 dulu eh..meh kite bace komik dulu..



source: www.devianart.com

k, that's it for to day..hope u've got e lesson from this comic..even simple, but meaningful..later if i the topic to share already come out in my mind, i'll post it ha..okay, ja matta..sayonara!assalamualaikum!






Term of Use