Assalamualaikum..got a topic to share..actually this is not originally came out from my idea box..sbnrnye aritu[ntah ble xigt] dok semak2 blik folders 'islamic' dlm hardisk, skali ade nampak stu icon powerpoint yg bertitle 'Satu Penerbangan'..then curious how was that powerpoint get in there..seingat2 xde plak pnah msukkan powerpoint tu dlm folder..sbb slalunye lau dwnload islamic info like kata2 hikmah or panduan gune PDF version..so, pendek kan cite, org pon bukak lah kan..JANG! skali cite pasal KEMATIAN..terblank seketika..byk kali bce ulang sbijik2 ayat yg ade dlm tu..YA Allah..terasa seperti terlalu banyak kelalaian yg dilakukan sepanjang dunia ini, sehingga kdg kala lupa yg akan KEMATIAN YG PASTI itu..
MATI itu bukan sekadar mati yg kosong..tidak ternoktah hidup kita bila mati itu tiba..dalam Islam, kebangkitan selepas mati itu akan terjadi, untuk menentukan kehidupan SELAMAnya kita ini di SYURGA @ NERAKA..n berbalik kepada itu, bukan pakai 'jalan' masuk je syurga or neraka itu, tapi ianya dikira/ditimbang mengikut amalan kebaikan(mahmudah) dan keburukan(mazmumah) kita sepanjang hidup di dunia ini..
Dunia (tempat hidup sementara) sebagai tempat ujian kita dalam menjalani hidup kita seharian berpandukan Al-Quran & Sunnah untuk mendapatkan keputusan hidup kita di Akhirat (tempat hidup selamanya) iaitu SYURGA @ NERAKA..
So then, i guess i found out this useful input to share with u guys..semoga kita sama2 dpt memuhasabah kan diri semula dengan mengingati bahawa MATI ITU PASTI, dan tindakan kita untuk 'bersiap sedia' menghadapinya..Allahuakbar..
"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, meraka itulah orang yang bijaksana"

*Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
*Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
*Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita.
*Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain kapas putih.
*Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabane, tetapi air mawar dan cendana.
*Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.
*Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selama-lamanya.
*Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
*Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
*Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan.
*Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
*Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang di idamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
*Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawah nya atau Neraka Jahannam.
*Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan dihabiskan .
*Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
*Jangan risaukan delays. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya…
*Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
*Jangan bimbang tentang tempahan…, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
*Ya!!! Berita Baik…!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh..!!
*HaNyA iNgAt!! Penerbangan ini datang tanpa AMARAN. Cuma perlu ingat!! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini…
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????
![]() |
ini hanyalah gmbar hiasan semata.. |
No comments:
Post a Comment