DuPPiDoo 12: Ku Tertarik
Ketika jari jemari leka menari diatas keyboard sambil di screen terpampang laman facebook.Scroll,scroll dan scroll untuk melihat news feed teman2 facebook, tatkala itu mata terpaku kepada satu status dr seorang akhi mengenai WANITA.
"Siapalah
si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan
kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub.
Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah
mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau
kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk
menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak.
Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa
dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang
merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan
akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang
sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan
angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan
mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia
ini penjara buatmu."
[via syahirul.com]
mungkin wanita secara fizikalnya boleh dikategori
melalui pemakai iaitu 'menutup aurat' & 'mendedahkan aurat'.bila
dikatakan mengenai AURAT, pastinya ditujukan kepada wanita yang pasti
agamanya itu ISLAM.tapi dimanakah yang boleh dijudgementalkan baiknya
seseorang itu pada aurat & amalan yang lainnya.terlalu biasa
didengar "Bukannya semua yang bertudung tu baik" [pernah terfikir camtu?].tapi yang pastinya wanita yang baik itu pasti menutup aurat.kerna beliau menjaga hubungan baiknya dengan Allah melalui mengikuti perintahNYA.dan salah satu perintahNYA ialah menutup aurat, seperti yang termaktub dalam kitab mulia al-Quran mengenai hal itu,
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
[surah al-ahzab:59]
Menutup aurat
 |
[gambar hiasan] |
Mendedahkan aurat
 |
[gambar hiasan] |
#siapakah aku?sudah cukup kah ibadah ku?di terimakah ibadah ku di mata MU?bersediakah aku untuk menghadapi KEMATIAN yang pasti?..Allahu Rabbi..
No comments:
Post a Comment